.:: b•mobile - A Whole New Experience ::.
   www.bmobile.com.bn    
HIGHLIGHTS




MMStar - MMS singing competition


SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN
  • Dibuka kepada semua pelanggan B-Mobile (Pra-bayar atau Pos-Bayar) dalam semua kategori umur.
  • Setiap klip penyertaan mesti antara 30 saat hingga 1 minit lamanya dan tidak lebih dari 300kb.
  • Semua klip penyertaan mesti didalam format audio dan video.
  • Nama, nombor IC, umur dan tempat berasal pengirim mesti disertakan dengan setiap klip penyertaan. (e.g. Ali, 00-123456, 18, Gadong).
  • Penyertaan akan dicaj $1.00 bagi setiap MMS yang dikirim.
  • Klip-klip penyertaan tidak dibenarkan mengandungi mana-mana unsur negatif yang boleh mendatangkan akibat atau menyinggung perasaan kepada mana-mana pihak seperti bahasa tidak sopan, keganasan dan sebagainya.
  • Penyertaan tidak dihadkan bagi seseorang pelanggan tetapi setiap penyertaan harus berlainan.
    Hanya klip-klip video individu atau berkumpulan yang mempersembahkan lagu atau nyanyian akan diterima sebagai penyertaan. (Mana-mana klip yang tiada kaitan dengan muzik tidak akan diterima).
  • Kebenaran individu-individu didalam klip-klip tersebut (jika pengirim sendiri tidak terlibat) harus didapati sebelum pengirim menghantarnya sebagai satu penyertaan untuk pertandingan ini.
  • Mana-mana klip yang dinilai sebagai TIDAK SESUAI untuk pertandingan ini akan dikeluarkan mengikut kuasa dan budibicara pihak b•mobile.
  • Bagi setiap penyertaan yang berjaya, b•mobile mempunyai hak dan kuasa untuk mengedit klip-klip tersebut untuk tujuan persembahan.
  • Dalam menyertai pertandingan ini, SEMUA peserta mengakui dan bersetuju bagi pihak b•mobile untuk mempersembahkan klip-klip tersebut bagi tujuan undian.
  • Semua klip-klip penyertaan untuk pertandingan ini akan menjadi hak-milik b•mobile.
  • Keputusan akan diumumkan sebulan selepas tarikh permulaan mengundi. keputusan adalah bedasarkan pengundian.
  • Pertandingan ini akan bermula pada Sabtu 30hb Disember 2006 sehingga jam 12.00 tengah malam hari Rabu 31hb Januari 2007.
  • Hanya klip-klip yang diterima dalam jangkamasa tersebut diatas akan diterima untuk pertandingan ini.
  • Talian-talian undian akan dibuka pada Jumaat 12hb Januari 2007 sehingga jam 12.00 tengah malam hari Jumaat 9hb Februari 2007.

•MMS CARA CARA